Thursday, September 14, 2006

Perjumpaan AJK Haziqfc di Bangsar

Tarikh : 12 Ogos 2006 Beberapa hari sebelum, Abg Mosha call aku sebab nak adakan perjumpaan dengan semua AJK penaja Haziqfc di Bangsar. Tujuan meeting sebab nak buat perlantikan AJK penaja yg baru. Sekitar pukul 2 ptg, aku tiba di restoren Syed di Bangsar. Ramai AJK yang dah hadir. Memang aku terlambat sikit kerana aku tak berapa biasa ngan area Bangsar nie. Nampak keluarga Haziq pun ada. Setelah bersalam-salaman, aku mengambil tempat yg agak jauh dari khalayak. Jeling2 gak kat Haziq ngan bapa dia. Nampak serious tengah berbincang sesuatu.. anak beranak. Ini lah first time Haziq berjumpa ngan all his FC's AJK. Mamat nie nampak malu-malu lagi. Anyhow okey lah..dia pandai bawa diri. Majils berjalan dengan tenang tapi masa berlalu terlalu pantas. AJK baru dah dilantik dengan persetujuan Penaung (Bapa Haziq). Lewat petang, all the members gerak ke Kg Baru untuk gi dinner. Haziq malam tu ada rehearsal untuk FFM kat PWTC. So we all pakat dinner kat Juara Tomyam. Gempak jugak le.. lebih kurang dalam 30 orang yg datang. Tapi yang bestnya Abang kita, Abang Dino belanja sakan.. RM500. (Alah Dino sekali-sekali ...apalah sangat RM500 tu kan) Selesai makan, ada yang nak joint Haziq kat PWTC dan ada yg nak terus balik. Since aku jadi tour guide untuk Abg Dino, terpaksa ler aku bawak dia ke PWTC. Org JB sorang nie rupa-rupanya tak pernah gi PWTC. So we all tiba kat sana around 8.30pm. Turn Haziq nyanyi lama lagi. Sementara tu aku dan Abg Mosha kuar untuk carikan Dino tempat bermalam. Berkeliling gak la nak cari hotel yg dekat dengan PWTC tu. Last-last dapat satu kat belakang KL International . Aku tak ingat nama hotel tu. Bila dah selesai, we all pun cabut balik ke PWTC but Mosha terpaksa balik dulu sebab nak hantar dairy Rabecca yg tertinggal kat kereta Dino. Bila aku sampai kat dewan di PWTC tu rehearsal dah start. Ramai gak artis2 yg bakal buat persembahan masa FFM nanti. Mawi, Ning, Zahid, Yasmin Hani, Sazzy, Budak AF4 Faizal, Haziq, Amirul, Diddy dan Shaz dan ramai lagi. Oh ya.. sebelum tu haziq dan keluarganya diajak oleh Dr Fazli untuk bertandang ke Office dia kat tingkat 2. So they all pegi lah but not me.. relax kat luar jer dengan Dino. Aku rasa masa nie lah aku mula rapat dengan keluarga Haziq terutama bapa dia En Rosebi. My wife pun nampak selesa dengan Aini dan anak-anak dia terutama Anil. Aku dan Haziq dah mula berbual secara personal. Nampak mamat nie dah boleh get along. Siap tayang phone baru N73 hadiah dari Dr Fazli katanya. Selesai turn Haziq nyanyi, its time for me to say good bye. Dah almost 1am beb. Selepas bersalaman, kami berpisah kehaluan masing-masing. Aku dan Dino singgah sebentar di Kg Baru untuk late supper and around 1.30am aku hantar Dino ke hotel dan aku terus pecut ke destinasiku. It really was a night to remember. Sebab aku tak pernah begitu committed dengan acara sebegini. Ni semua kerana HAZIQ..... si budak bertuah!!!!

No comments: