Thursday, September 28, 2006

Haziq & famili berbuka puasa di rumahku

24 Sept 2006, Petang itu aku menerima panggilan telefon dari En Rosebi untuk berbuka puasa di rumahku. Sebenarnya aku memang tertunggu2 panggilan beliau memandangkan beliau telah terlebih dahulu menghubungi aku pada hari sebelumnya. Ini sekadar mengesahkan je. Dihari pertama berbuka puasa, aku rasa amat bertuah kerana tanpa diduga keluarga Haziq menjadi tetamu dirumah ku. My wife and me bergegas ke pasar untuk membeli beberapa barangan untuk dibuat berbuka nanti. End up, tersedia le Kari daging, Sambal udang petai, Sayur lemak pucuk paku, Kentang goreng berlada, Ayam masak merah dan ikan goreng. Aku juga membeli beberapa jenis kueh dan murtabak ayam untuk hidangan tetamu istimewa ini. Oleh kerana Haziq tak berapa ingat jalan ke rumah aku terpaksa le aku jadi on-line tourist guide untuk dia. En Rosebi sekeluarga tiba dirumah aku sekitar pukul 6.30 petang. Aku benar2 terharu di atas kesudian En Rosebi dan keluarga untuk bertamu dihari pertama puasa nie. Setelah bersalam kami bebual sebentar sementara menantikan waktu berbuka. Haziq nampak kepenatan.Baru balik dari show di terengganu. Marhaban katanya. Benyek je muka dia tapi badan dah naik sikit. Bila tiba waktu berbuka, terasa kemeriahan berbuka beramai2 nie. Selalunya aku berbuka bertiga beranak je. Almaklum ler keluarga kecil. Sunyi je. Kali nie ada lah dengar suara usik mengusik, bunyi sudu berlaga dan sebagainya. Selesai makan kami bergilir2 menunaikan solat magrib. Di kesempatan ini, ketika aku dan En Rosebi berasap di luar rumah, banyak perkara yg aku dapat bincang dan bualkan. My wife bersedia pula dengan teh dan kueh untuk tetamu. En Rosebi kusyuk membaca printout chatting dari chatroom yg aku printkan. Aku memanggil haziq untuk naik ke atas. Aku tunjukkan laman web Haziqfc baru kepadanya. Dia suka dan Anil pun kata ok. Templete web baru nie masih dalam pembikinan. Terlanjur PC dah on, aku biarkan Haziq terus melayari internet. Nampak tekun dia di Myspace, Yourtube dan ntah apa2 lagi. Imran duduk menemani Haziq. Sesekali kedengaran mereka tergelak. Biarkan ler org muda.Aku kembali bersama En Rosebi dan Kak Aini dibawah. Perbualan kami berkisar bermacam-macam topik, dari hal2 keluarga, hal2 kejiranan, hal2 fc dan macam2 lagi. Diselang-seli dengan deraian ketawa dan gurauan dari kami semua. Nampak kemesraan dan keserasian antara kami sekeluarga. Masa untuk berpisah sudah tiba. Jam didinding dah pukul 9.30 mlm. Setelah bersalaman dan berpelukan, aku mengambil peranan ku sebagai tourist guide untuk menunjukkan jalan keluar ke Cheras. Terima Kasih En Rosebi, Kak Aini, Kak Ngah, Anil dan Haziq kerana kesudian dan kemesraan anda semua. 24 Sept 2006 bersamaan 1 ramadhan 1427 Hijrah menjadi sejarah dalam kalender keluargaku. Untuk semua, disini aku pastekan photo2 yg aku rakamkan untuk kalian semua. Selamat berpuasa......

No comments: