Sunday, September 17, 2006

Haziq @ Kluang

25 Ogos 2006, Bila dapat tau ada acara kat kluang nanti, aku memang looking forward nak balik kampung. Furthermore memang nak buat kenduri sempena menyambut puasa. So kira two in one ler nie. Siang2 lagi dah plan nak balik Kluang. Anil (Kakak Haziq) pun dah setuju nak ikut aku balik sekali. Hari Jumaat tu, selesai solat aku dan famili terus ke Ampang Park untuk fetch Anil sebelum bertolak ke Kluang. Tunggu dalam 15 minit, Anil and Zam sampai. Selepas bersalaman, aku terus beredar ke kereta di basement dan.... Kluang here we come.... Disepanjang perjalanan, banyak perkara yg aku bincangkan dari isu2 semasa hingga ke hal HAZIQ. Nie yg best nie...Anil ada, apalagi aku cuba cungkil rahsia HAZIQ. Tapi ini hanya untuk aku sahaja. Anil memang sporting dan mulut dia mak ooiii, boleh tahan jugak minah nie bila diajak beborak. Tapi itu yg aku hendak.. jangan malu-malu. Aku dah rasakan Anil nie macam dah being a part of my family jer. Tiba di Kluang around 5.30 ptg. Berhenti sekejap kat KFC untuk basahkan tekak sebelum ke rumah Haziq kat Kg Dato Abd Rahman Yasin. Selesai makan, aku kereta untuk mengambil barang....terpandang sekeping kertas terselit kat wiper.....ALAMAK AKU KENA SAMAN! Cis...terlupa nak bayar parking beb. Ni kena claim ngan Haziq nie!. Nak bayar, booth parking dah tutup lak. Biak pi lah. Kirim kat abang je suh bayar. Sampai kat rumah Haziq dah lewat petang. Jumpa En Rosebi dan Kak Aini kat belakang rumah tengah sibuk masak nasi ayam. Haziq pun sambut kitaorang yg baru tiba nie. Biasa le ada melayu, salam-salam pas tu minum dan bual lah sikit. Aku tolong lah mana yg termampu. Basuh beras dengan En Rosebi. Tolong wireman check lampu. Sebelum magrib, aku beredar ke rumah abang aku di Taman Matahari. Mandi dan solat sebelum kembali semula ke rumah Haziq untuk kenduri doa selamat. Sampai-sampai majlis dah start. Nak masuk ke dalam rumah hadirin dah penuh so terpaksa berdoa dari luar je le..Selesa majlis kenduri, barule aku dapat jumpa Mosha, Refqal dan beberapa member2 FC. Kemudian kami dijemput menjamu selera. Kalau diingatkan kembali... memang best saat2 nie. Showtime Haziq start dalam pukul 11 mlm. Haziq nyanyi dalam tujuh, lapan lagu. Meriah giler masa nie. Best suara mamat nie.. hadirin memang soprting giler. ada yg join nyanyi, bertandak (menari le), tepuk tangan, kira meriah ler. Aku sekadar memerhati gelagat peminat-peminat Haziq...terasa betapa eratnya hubungan kami dengan keluarga Haziq. En Rosebi dan Kak Aini memang tuan rumah yang best. Walaupun kehadiran kami sekadar anggota FC dan orang luar tapi sedikitpun kami tidak dilupakan. Terima kasih En Rosebi dan Kak Aini. Majlis selesai hampir satu pagi. Aku dan semua member2 FC minta diri untuk kembali ke sarang masing-masing. Aku bermalam di rumah abangku. Sebelum kami berlalu, Kak Aini sempat berpesan untuk lunch dirumahnya sebelum ke Majlis Haziq bersama Peminat di Dataran Kluang esoknya. Selamat Malam Haziq, En Rosebi, Kak Aini, Anil, Aizat dan Wati. Terima Kasih di atas layanan anda semua. Jumpa Lagi esok.

No comments: