Tuesday, November 14, 2006

Haziq @ Sewaktu aktif sebagai ahli sukan

15 Nov 2006. Sedang aku melayari internet, teringat aku akan collection gambar-gambar Haziq ketika aktif melibatkan diri dalam sukan, kiriman En Rosebi... Aku rasa patut aku share ngan anda semua..Tapi mungkin ini semua hanya tinggal kenangan sebab Haziq dah takde masa lagi untuk ini semua. Tambahan lagi, beliau dah nak start class next year.

Monday, November 13, 2006

The Other Side of Haziq

10 Nov 2006. Dalam waktu menunggu di bilik artis di Istana Budaya, banyak yang aku bualkan bersama haziq. Ada kalanya kami gelak dan ada kalanya kami serius berbincang. Bagi melepaskan tension..aku minta Haziq pose untuk blog aku. So guys.. Inilah gelagat Haziq yg mungkin kita tak pernah lihat lagi..

Haziq @ Istana Budaya (Rehearsal)

10 Nov 2006. Sedang aku sibuk berkerja di office, Haziq menelefon aku untuk menemankan beliau di Istana Budaya. Agak terkejut juga sebab mana perginya kakitangan Meastro yang sepatutnya menjaga Haziq. Sebab kesian tengok anak sedara aku terkial2 keseorangan, aku turutkan juga. Aku dan my wife menjenguk beliau selepas waktu office. Setibanya aku di Istana Budaya, acara rehearsal untuk Konsert Irama Melayu Asli telah pun berakhr tapi akan disambung semula sebelah malamnya dengan "full dress rehearsal" Memandangkan ada banyak masa lagi, kami berehat sebentar di cafe. My Wife pulang dulu sementara aku terus bersama Haziq. Jam 8 malam, aku dan Haziq ke bilik artis untuk membantu Haziq bersiap. Haziq mengenakan dua persalinan sumbangan Butik Salikin. Jangan tak tau.. Salikin tu kawan lama aku jugak. En Rosebi tiba di Istana Budaya kira2 pukul 9.00 malam dari Kluang. Sepanjang masa rehearsal tu, aku hanya berada di belakang pentas bersama Haziq, membantu beliau mengenakan pakaian Salikin. Selesai rehearsal, En Rosebi mengajak aku ke rumah Ati (adik Rosebi) di Cheras. Aku postkan kat sini, Haziq dengan salah satu pakaian di malam Konsert Irama Melayu Asli tu.

Beraya bersama Haziq sekeluarga di Kapar

4 Nov 2006. Selesai acara di Lanai Seni, En Rosebi mengajak aku sekeluarga untuk bersama beliau beraya ke rumah abang beliau di Kapar, Klang. Sebenarnya dari awal minggu lagi En Rosebi sudah merancang untuk ke Open House abangnya bersama aku sekeluarga memandangkan beliau tak berapa familiar dengan jalan ke sana. Aku diajak menaiki Nazaria bersamanya bagi membantu beliau sebagai co-pilot. Kami tiba agak lewat kerana acara di Lanai Seni berakhir sekitar pukul 11 malam. Ketibaan Haziq dan keluarga disambut mesra oleh penduduk kawasan tersebut yang memang telah lama menanti. Abang En Rosebi yang aku panggil Alang sahaja, turut menyambut kedatangan rombongan En Rosebi. Selesai makan, Haziq diundang untuk berkaraoke. Haziq sempat manyanyikan dua buah lagi, Kamalia dan Telaga Biru. Sekitar pukul 1 pagi kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Haziq @ Lanai Seni

4 Nov 2006, Dalam sibuk beraya di Kuala Lumpur, aku sempat juga bertandang ke Lanai Seni (Depan panggung Colliseum) untuk menuntun persembahan Haziq. Malam sebelum persembahan, Haziq menelefon aku untuk menemankan beliau rehearsal di tempat tersebut. Ini adalah bagi acara pagi yg dianjurkan oleh Karyawan sempena perasmian Lanai Seni dan Tayangan Gambar Melayu Lama percuma. Setibanya aku dilokasi, acara masih belum berlangsung lagi. Aku berbual sebentar bersama Haziq dan Karen yang turut mengambil bahagian pada malam itu. Mosha turut sama di situ sebelum bertolak ke Melaka. Selesai rehearsal lebih kurang pukul 12 tengah malam, kami bercadang untuk supper. Selain kami, Salimah, Nora dan John ( BF Karen) turut sama. Memandangkan ada acara esuknya, aku menasihati Haziq agar segera pulang berehat. Tidor secukupnya, kerana sebelah pagi dan malam ada acara yang perlu diberi perhatian. Bagi acara pagi aku skip kerana ada hal yang perlu aku selesaikan. Persembahan di Lanai Seni bermula sekitar pukul 8.30 malam. Ramai fan dari FC telah sedia menunggu. Keluarga Haziq juga turut sama. Haziq mendendangkan dua lagi secara solo dan dua lagu lagi secara duet bersama Zila. Lagu Telaga Biru dan Rebutan Acheh yang Haziq sampaikan memang mengasyikkan serta mendapat tepukan gemuruh dari para penuntun sementara lagu duet beliau adalah Selasihku Sayang dan My Heart. Hadiran nampak gembira tambahan pula dengan kehadiran M Daud Kilau diakhir acara. Tak banyak foto-foto yang dapat aku rakamkan kerana aku sibuk mevideokan empat lagu nyanyian Haziq. So guys enjoy....