Wednesday, September 13, 2006

Kenangan lalu.....

Tarikh 5 Ogos 2006, Haziq tamat mengharungi hidup sebagai student Akademi Fantasia 4. Di malam final, aku sekeluarga dan seluruh ahli-ahli Haziqfc turun padang bagi menyokong Haziq. Dari Johor, Pulau Pinang, N.sembilan, Melaka, Perak dan Lembah Klang, kami berkampung di Stadium Putra Bukit Jalil. Seronok juga dapat mengenali antara satu sama lain. Banner dan Banting tersedia dari awal lagi bagi menunjukkan sokongan padu kami. Macam-macam ada... HAZIIQQQ, HAZIQ, WE LOVE HAZIQ, STEADY HAZIQ..Tapi yg pasti memang meriah. Semasa pertandingan akhir berlangsung, laungan HaziqFc sentiasa mengiringi persembahan Haziq..Bagi aku Haziq ada sesuatu yg istimewa tapi itu kena cari sendiri. Walaupun Haziq hanya berada di tempat ke 4, namun aku puas kerana apa yang lebih penting kehadirannya itu yg lebih mahal.. seperti kata Mamat Khalid. . Selesai konsert akhir, aku dan beberapa rakan-rakan Haziqfc masih lagi berada di perkarangan stadium bagi menantikan rakaman "Imbasan ......" Sementara menunggu waktu itu aku dapat juga berkenalan dengan beberapa keluarga terdekat Haziq. Terasa kami macam satu famili. Sekitar 3.00 pagi, selesai rakaman "Imbasan...", aku segera pulang dengan seribu kenangan indah.. Terdetik dihati....apa dah jadi dengan aku??? tak pernah begini sejak AF1 lagi????? Haziq.....Haziq.....

No comments: