Monday, September 25, 2006

Haziq @ Myhome

1 Sept 2006, Esok paginya kami bangun agak lewat. Aku mengambil annual leave sebab nak bawak mamat sorang nie jalan-jalan cum shopping di Mid Valley. Lepas solat Jumaat, kitorang pun gerak ke Mid Valley. Actually, Haziq nak makan2 kat Jusco then baru ke Mid Valley but memikirkan kesuntukan masa aku nasihatkan terus saja ke Mid Valley. Hari tu Haziq yg pandu kereta. aku duduk kat sebelah jadi co-pilot, belakang Anil ngan Imran. Kami tiba di Mid Valley sekitar pukul 3.30 ptg dan terus gi makan dulu. Haziq teringin nak rasa nasi ayam yg ada kat situ dengan air longan specialnya,Imran nak nasi campur dengan orange juicenya dan Anil dengan sweet sour fish dan mineral waternya (nak jaga kecantikan katanya.)dan aku makan nasi goreng dengan ABC jer. Rasa best lak sesekali makan ramai-ramai cam nie. Haziq dah mula nampak serasi dengan aku. Dah berani gurau dengan "UNCLE" stranger cam aku nie. Anil.. minah nie ok jer sebab dia nie peramah. Haziq ada sedikit reserve kalau compared dengan Anil. Selesai makan kami window shop jap sementara nak tengok wayang. Haziq ajak tonton "Click". Dah lama mengidam nak tengok cita nie rupanya mamat nie.. Anil yg bagitau aku. Walau pun seat dah tinggal ujung2, demi mamat nie yg tak tau bila lagi ada offday maka aku dan Anil turutkan je ler...Imran hanya memerhati. Berbekalkan Popcorn dan Coke kami berempat melangkah masuk ke cineplex no 16. Anil, Haziq, Aku dan Imran duduk sebaris (2 row dari depan, mendonggak la sikit) Kami happy menonton cite mat salleh yg tak ada logica nie...tapi sebenarnya banyak pengajaran boleh ditimba dalam hilai tawa masa menontonnya. Lewat petang my wife join our group. Anil happy sebab dah ada member. Lepas bawak haziq shopping 2, 3 helai kemeja dan pusing2 di Mid Valley nie, Kami semua terus ke parking. Haziq teruskan kegianannya memandu walaupun sesekali mengeluh kepenatan. Kali nie aku bertanggungjawab untuk menghantar kedua-dua anak En Rosebi nie kepangkuan bapanya. En Rosebi terlebih dulu sudah berada di rumah adiknya di Cheras. Dalam perjalanan, Anil minta untuk dihantar ke rumah Wati, kakaknya di Ampang. So aku turuti sebab Anil dan Wati akan bersama ke Cheras juga later on. Lepas dropkan Anil kat Ampang, Aku, Haziq dan familiku terus ke Cheras. Kami tiba pun agak lewat dan selepas bersalam, kami mengambil tempat masing2. Teh O dan keropok dihidangkan oleh keluarga Kak Ti (Mak Usu Haziq). Cantik rumah Kat Ti, ada kolam ikan, ada air pancut, ada laman yg cantik macam kat rumah Haziq di Kluang. Lepas setengah jam, aku meminta diri untuk pulang tapi En Rosebi menahan lagi katanya tunggu makan dulu. Kalau dah datang kena makan... pas tu baru boleh pulang. Aku menurut saja, maklumlah dah bertandang rumah orang kena le ikut kehendak tuan rumah. Haziq dah join cousin2 dia di upstair. Aku terus rancak berbual dengan En Rosebi. Banyak perkara yang kami bincangkan. Masakan telah tersedia di Veranda di tepi taman. So aku dijemput untuk makam malam. Apa tunggu lagi... Rupanya dalam diam2 haziq dan makan dulu.. (Lu tak tunggu ye!!!) Lepas makan, kami berborak lagi sebab nak balik kena tahan lagi. Dalam pada tu Anil dan Wati baru sampai. En Rosebi cerita tentang sejarah Haziq mula menyanyi. Rupanya sejak bayi lagi mamat nie dah gila jadi penyanyi. Lagu Isabella jadi lagi kegemarannya kalau nak tidur..Naik jelak kata Kak Aini, mak Haziq. Lewat 11.30 malam aku memohon untuk mengundur diri.. Dah lewat sangat, Nak tak nak diorang terpaksa membenarkan kami berlalu. Selepas bersalam dan berpelukan aku pulang ke rumah dengan seribu kenangan. Terasa betapa perkenalan dengan keluarga Haziq bagaikan satu mimpi. Kenyataan En Rosebi yg mengatakan aku bukan lagi sekadar ahil FC malah dah jadi sebahagian dari famili dia masih terngiang2 dikotak mindaku. Kehadiran Haziq di persada seni bukan sekadar menambahkan bilangan artis ditanah air tapi juga menambah bilangan kenalanku. Terima kasih Haziq, En Rosebi, Kak Aini dan keluarga Kak Ti kerana melayan kami sedemikian rupa.

No comments: