Monday, September 11, 2006

Kini detiknya.................

Muncul kini...satu nama baru dalam dunia hiburan negara....Bakal mengegar dengan wadah warisan seni bangsa........HAZIIQQQ Bagai menongkah arus, seorang anak melayu yang lahir pada 7 Januari, 1988 di Kluang Johor, terus memperjuangkan irama warisan seni bangsa. Sedang rakan sebayanya lebih lena dibuai alunan irama jazz, R&B, hip hop dan rock....HAZIQ muncul mempertahankan warisan seni bangsa..... Irama melayu asli... HAZIQ, detikmu telah bermula. Ayuh! semarakkan keindahan seni warisan bangsa kita. Alunkan irama akar umbi kita. Sebagai menyokong perjuangan mu, disini akan tercatat kembara senimu seiring pengorbananmu memertabatkan kemerduan irama warisan bangsa. Kembara senimu akan terus berwadah, menjejak segala kenanganmu di pesada seni negara. Biar coretan-coretan ini menjadi bukti bahawa kehadiranmu bukan sia-sia.

No comments: