Monday, September 18, 2006

Haziq @ Dataran Kluang

Esoknya aku dah familiku berkunjung lagi ke rumah Haziq. Kali ini untuk menyokong Haziq yg pertama kalinya akan bertemu para peminat secara terbuka di Dataran Kluang. Selepas kami di jamu dengan makan tengahari yg lazat oleh Kak Aini, semua member Haziqfc bersiap sedia untuk ke Dataran Kluang. Dino dan Rebecca baru je sampai dari Johor Bahru. Aku sempat berbincang dengan Dino tentang baju rasmi Haziqfc dan menyerahkan barang yg ditempah tempoh hari. Boleh lah aku katakan hari ini adalah antara hari berkampungnya member2 FC. Selain aku sekeluarga, Mosha sekeluarga dan Refqal sekeluarga, Kak Raja dan Tasya dari Shah Alam pun turut hadir (respect lu la kak). Tiba masanya untuk aku dan member2 FC bertolak ke destinasi, sempat juga aku tolong En Rosebi dengan speaker kedabaknya. Tiba saja didataran, suasana agak muram, bukan apa cuaca mendung. Ada gak kelibat orang yg berkumpul di tepi dewan dan bawah2 pokok. Aku dan member2 FC segera ke canopy yg disediakan untuk menguruskan penjual tshirt dan cap HaziqFC. Masa nie, manusia dah mula ramai. Ada yg cam tak sure apa yg akan berlaku sebab majlis nie hanya dihebahkan thru Channel @15 dan website jer. Paper tak sempat kata En Rosebi. Walau macam mana pun, majlis berlangsung dengan meriah. kira lebih dari 400 peminat Haziq hadir di Dataran. Majlis dimulakan dengan sessi suaikenal Haziq dan peminatnya. Setiap peminat diberikan sekeping poster kecil Haziq yg dibuat khas oleh Kak Dima. Ramai adik2 yg beratur untuk mendapatkan signiture Haziq disamping poster kecil tu. Yg bestnya aku dan Dino tak pasal2 jadi bodyguard Haziq lak. Selesai sessi suaikenal tu, majlis diteruskan dengan nyanyian dari En Rahman ( Guru vokal Haziq dari YWJ) dan artis baru SRC - Natasya. Ok jugak ler tapi semua hadirin memang tak sabar2 nak dengar suara Haziq. Dalam pada menuntun persembahan Natasya, aku sempat juga berbisik kat Haziq... "kalau nyanyi nanti pandang sekeliling, jangan focus satu sudut je..peminat awak semua nak tengok muka awak". Haziq agreed. Haziq mulakan persembahan dengan lagu "Umpan Jinak..." pas tu lagu Guridam...ada lah dua tiga lagi lagu.. Memang best mamat nie dan yg surprise tu dan pandai berkomunikasi dengan penuntun.. well done boy... proud of u! Respond dari penuntun pun amat mengalakkan. Rasa cam sekejap je.. Selesai majlis aku dan member2 fc segera pack barang yg kira bawa. Tiba masa berpisah...Mosha dan Dino kembali semula ke rumah Haziq. Refqal mungkin terus gerak ke KL. Kak Raja mungkin ikut Mosha. Aku terus ke Yong Peng rumah kakakku. Rasa semacam lak bila nak meninggalkan saat2 manis nie.. Haziq dan En Rosebi sempat gimie a hug lagi..mungkin tersentuh dengan kommitment FC kot! Okey Haziq, En Rosebi, Kak Aini, Anil, Aizat dan Wati. Aku berundur bersama Kak Dima dan Imran.. Terima kasih atas layan dan keramahan kalian..terasa aku macam dan sebahgian dari keluarga Haziq (perasan kot ..harap tidak)....Jumpa Lagi

No comments: