Monday, October 30, 2006

Haziq Dan Keluarga Beraya.......

28 Oct 2006, Dalam sibuk beraya, aku terpaksa berkemas untuk pulang semula ke KL. Aku bercadang untuk bertolak selewat-lewatnya pukul 11.00 pagi bagi mengelakkan trafik jam. Sebagaimana yang dirancang, perjalanan pulang kali ini akan disertai oleh Haziq dan dua kakaknya, Anil dan Wati. Hampir jam 11.00 pagi, aku menelefon En Rosebi untuk memaklumkan yang aku akan bertolak pulang. Tetapi.....plan asal dah berubah. Haziq tak jadi balik kerana ada hal yang perlu beliau selesaikan. Hanya Anil dan Wati yang akan pulang bersama aku dan keluarga. En Rosebi juga memberitahu aku yg beliau akan datang beraya ke rumah kakakku sekitar pukul 1 tengahari. Ketibaan beliau dan keluarga disambut mesra oleh keluarga kakakku. Kami rasa bertuah kerana Haziq sudi beraya sekali. Selesai semua, aku dan keluargaku serta Anil dan Wati bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang. En Rosebi sekeluarga turut pulang ke Kluang pada waktu yang sama. Sampai di Tol Ayer Keroh, kami singgah sebentar di Bukit Piatu untuk mengambil kereta Wati. Perjalanan kami teruskan yang mana Anil dan Wati kini berpindah kereta. Tiba di KL, kami berehat sebentar sambil menjamu selera di Ampang Park. Kami berpisah kehaluan masing-masing sekitar pukul 7.30 malam. Anil dan Wati ke Ampang dan Aku sekeluarga ke Gombak. Kenangan Hari Raya tahun ini agak lain dari biasa. Kehadiran Haziq telah mengeratkan dua keluarga menjadi satu. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih memberi erti dalam keutuhan ukwah kita semua. Aku postkan foto-foto ini untuk tatapan kalian yang sudi bertandang disini. Selamat Hari Raya.

Beraya Di Rumah Haziq di Kluang....

26 Oct 2006. Lewat pukul 7.00 petang, ketika aku berada dirumah kakak ku di Yong Peng, Johor, aku menerima panggilan dari En Rosebi. Aku sebenarnya baru sampai dari Muar setelah seharian beraya disana. En Rosebi mengajak aku sekeluarga bermalam dirumahnya sambil beristirehat. Memandangkan banyak hati yang perlu dijaga aku dengan berat hati terpaksa menolak undangan En Rosebi. Walaubagaimanapun, aku berjanji untuk ke rumah beliau pada hari esuknya. Esuknya, pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk ke sana tapi demi menjaga hati jiran2 disekeliling rumah, aku terpaksa beraya dulu bersama kakak dan abangku. Lewat pukul 12 tengah hari baru selesai dan aku sekeluarga bergegas ke Kluang. Aku tiba dirumah Haziq sekitar pukul 12.40 tgh dan disambut mesra oleh En Rosebi dan Haziq sendiri. Berehat sebentar, kami semua terus ke Masjid yg terletak tak berapa jauh dari rumah Haziq untuk menunaikan solat Jumaat. Selesai solat, kami kembali semula. Semasa di masjid aku perhatikan ramai orang yg memerhatikan Haziq. Mungkin mereka tertanya2. Jenuh juga Haziq bersalaman selepas solat tadi. Aku di jamu nasi lemak berlauk oleh Aini (mak Haziq). Selang beberapa minit, peminat2 Haziq mula membanjiri rumah Haziq. Ada yang dari Muar, dari Melaka, dari Johor Bahru dan KL. Aku sebagai AJK HaziqFC turut memainkan peranan untuk memperkenalkan laman web dan segala aktiviti yang dijalankan. Saudara mara Haziq dan Mosha turut sama beraya disini tapi tak lama sebab nak beraya rumah sedara katanya. Sebelah petang aku dan rakan taulan dijamu dengan meehoon goreng pula. Haziq dan En Rosebi sekeluarga nampak kepenatan. Haziq pantang lepa.. kalau ada kelapangan curi2 tido sekejap. Lewat petang aku meminta diri untuk pulang semula ke rumah kakak ku di Yong Peng. Walaupun ditahan oleh En Rosebi aku terpaksa minta maaf sebab esuknya aku akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Begitu juga Haziq dan dua orang kakaknya, Anil dan Wati.Kami bercadang untuk berkonvoi esuk..

Sunday, October 29, 2006

Raya ku......

26 Oct 2006. Memang dah jadi adat keluargaku, pada setiap raya ketiga adalah hari untuk menziarahi kaum keluarga di Muar. Kami berpakat adik beradik untuk konvoi ke Muar. Dengan 7 buah kereta, kami menghabiskan raya ketiga dengan menziarahi dan bermaaf-maafan bersama keluarga di Muar.

Beraya Di Kampung Haziq...

24 Oct 2006. Sejak awal lagi En Rosebi dan keluarga mempelawa aku untuk beraya bersama beliau di kampung apabila tau yang aku akan beraya di KL. Aku hanya akan kembali ke kampung pada awal hari raya pertama. Selesai solat sunat raya, aku sekeluarga bertolak ke Kluang Johor. Sebelum tu, sempat juga kau singgah ke rumah sister-in law aku kat Klang dan Sepang. Suasana raya kat KL nie memang tak terasa. Tak terasa kemeriahan hari raya. Di highway suasana tak sesibuk sebelum raya walaupun banyak juga kenderaan bertali arus. Dimalam raya En Rosebi sekali lagi menelepon aku untuk mempelawa beraya bersama beliau jika aku rasa sunyi di KL. Thanks bro kerana ambil berat. Aku tiba di Tol Ayer Keroh sekitar pukul 11.15 pagi dan terus menelepon En Rosebi. Selang 5 minit, En Rosebi dan Haziq muncul ditempat yg dijanjikan. Kami segera bertolak ke rumah makcik Haziq di Bukit Piatu. Aku sempat beraya ke beberapa buah rumah saudara Haziq bersama En Rosebi sekeluarga. Terasa macam aku nie dah jadi sebahagian dari keluarga Haziq sebab apabila ditanya En Rosebi sering memperkenalkan aku sekeluarga sebagai saudaranya. Lewat petang setelah puas beraya, aku bertolak ke Kluang untuk bertemu saudara mara ku pula. Kemeriahan beraya di kampung Haziq masih segar dalam ingatanku saat aku melepasi tol Air Hitam. Terima Kasih En Rosebi sekeluarga atas layan kalian... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Saturday, October 28, 2006

Selamat Hari Raya.....Maaf Zahir Batin

24 Oct 2005 Terasa keheningan di Pagi Syawal yg mulia nie..Teringat kembali kat Mak Ayah aku yg telah tiada..Dulu raya memang ditunggu tapi kini raya untuk anak2 je. Semoga raya kali nie memberi seribu rahmat buat semua, terutama pengunjung2 blog nie.

Tuesday, October 17, 2006

Haziq @ ketika itu.......

18 Oct 2006, Selesai Majlis berbuka puasa pada malam tu, aku dan En Rosebi berpakat untuk keluar minum bersama. Kami bergerak ke Masjid India kira2 pukul 10.30 malam. En Rosebi dan Haziq behajat untuk membeli beberapa pasang baju melayu untuk hari raya nanti. Kami bershopping di butiq BAK. Dalam pada sibuk menghadiri dan menguruskan Majlis Berbuka Puasa Haziqfc yang lalu, aku berpeluang mengimbau kisah2 Haziq masa kanak2 dulu. En Rosebi banyak menceritakannya. Ini antara photo2 Haziq yg dapat aku kongsi dengan pengunjung blog nie..

Ucapan Selamat Hari Raya dari Haziq

18 Oct 2006, Bersempena dengan Hari Raya AidilFitri yang akan menjelma tak berapa lama lagi, Haziq sempat menitipkan ucapan Hari Raya beliau istimewa buat ahli-ahli Haziqfc.

Memori Majlis Berbuka Puasa Haziqfc

16 Oct 2006 Walaupun masa agak terhad untuk mengenali sesama sendiri, namun dapat jugak aku abadikan kenangan indah di majlis tersebut dengan hadirin yg hadir. Inilah diantara mereka.....

Monday, October 16, 2006

Majlis Berbuka Puasa Haziqfc

15 Oct 2006 Sebagaimana yang dirancangkan, Majlis Berbuka Puasa Haziqfc telah diadakan dengan jayanya walaupun tak 100% perfect. Ramai gak ahli2 yg datang termasuk juga kaum keluarga Haziq sendiri. Antara rakan2 Haziq yg datang ialah Farhan, Leez, Faris, Shaz dan Corrie. Ada juga sebilangan wartawan yang datang untuk buat coverage termasuk Jarum Emas. Aku tak mau bercerita panjang buat masa nie but sekadar memenuhi permintaan beberapa gang2 FC, nie aku postkan antara detik2 menarik di majlis tersebut untuk korang semua. Sebenarnya banyak lagi photo2 yg masih ada dalam simpananku. Tapi nantilah jika masa mengizinkan, akan aku postkan jua.