Monday, September 18, 2006

Haziq @ Konsert Reunion

31 Ogos 2006. Awal-awal lagi Anil call my wife to join her gi Konsert Reunion. Bukan apa sebab supirnya cuti, balik kampung. Alang2 nak join, my wife offer her untuk bermalam kat rumah sekali. Bagi aku ok jer kalau orang dah sudi kecil tapak tangan .......Lewat petang Anil tiba kat rumah aku selepas dijemput di stesen LRT. Selepas makan, kami gerak ke KLCC dan berkumpul di Ampang Park sebagaimana yg telah diaturkan oleh Mosha. Tak ramai AJK yg datang mungkin sebab hujan lebat petang tu. Yang ada hanyalah aku, Dima, Imran, Mosha, Refqal, Anil dan Aizat. Tak kisah le.. Aku park kereta di Darby Park dan terus ke KLCC. Call Mosha untuk jumpa di KLCC tapi communication tak clear tak jumpa lak so aku dan famili terus je ke kawasan lapang depan bangunan Esso tu. Sampai sana, cari stratigik space betul2 depan stage. Orang masa tu tak ramai sangat mungkin sebab hujan lebat sebelumnya. Bila Mosha call, just bagi tau tempat kitorang. Lepas tu barulah muncul Refqal dan Aizat. Refqal datang siap dengan kueh lagi..air aku beli so kira cam picnic gak ni.. Show start agak lewat sebab budak2 AF tu rehearsal sampai petang. Terhenti sekejap sebab hujan jadi bila diorang habis rehearsal dah lewat. Pas tu ada yg balik rumah mandi dan ambil baju. Itu yg Aznil announcekan. Diddy mulakan showtime kali nie..pas tu one by one kuar buat persembahan. Aku cuma nak tengok Haziq jer..yg lain tu tak le excited sangat. Bila turn Haziq aku sikit kecewa sebab dia nyanyi duet ngan Leez. Pas tu lagu yg diorang nyanyikan macam ada key problem jer. Lagu Ahmad Jais dengan Rafeah Buang kalau aku tak silap. Tapi tak le teruk sangat kira ok ler....Lepas nyanyi tu Haziq ada bagi signal yang di tak berapa puashati dengan key lagu tu. Show selesai lebih kurang pukul 12 malam. Dalam perjalanan pulang ke rumah..Anil terima call dari Haziq. Since Haziq dapat off dua hari dia nak ikut kitorang balik. So patah balik pergi jemput Haziq kat Apartment dia di Jalan Klang Lama. Sampai je kat rumah Haziq, terserempak Rich, Velvet dan Lotter yang baru sampai dari show tadi. Kami sempat bersalam dan bertanya khabar. Velvet dan Lotter nampak letih sangat. Lotter baru pulang dari Sabah dan terus ke KLCC. Kami menaiki lift bersama, Diorang tinggal di tingkat 15. Haziq tinggal serumah dengan Amirul, Lotter dan Faizal tapi Faizal dah pindah ikut pakcik dia. Rumah diorang bersebelahan dengan rumah Velvet yg tinggal dengan Zila, Karen dan Nora. Setelah Haziq siap berkemas baju untuk bermalam dirumah aku, kami terus gerak menuju ke kereta di bawah.Haziq nampak letih. Sampai rumah dalam pukul 2 pagi. Prepare sikit untuk haziq makan. Lepas makan sempat lagi main PS2 dengan Imran (anak aku). Kami tidur dekat pukul 4 pagi..Sorry lah gambar masa show tak de nak aku postkan kat sini accept gambar dari paper nie.

No comments: