Friday, September 29, 2006

Haziq @ Buka puasa di Rebung Bangsar

27 Sept 2006. Mosha plan nak buka puasa dengan Haziq. Bila dah confirm haziq free dari any duty petang tu, aku dan Refqal diberitahu dimana kami haru berjumpa untuk berbuka puasa. Tempat dah ditetapkan iaitu di Rebung, Bangsar. restoren kepunyaan Chef Ismail tu..Mosha fetch aku di office sekitar pukul pukul 5.00 petang dan terus ke Jalan Klang Lama untuk menjemput Haziq. Aku sebenarnya keberatan nak join diorang sebab ada sesuatu yg terbuku dihati aku. Tapi biarlah rahsia. Jalan agak jam, memandang penduduk KL semua nak berbuka dirumah. 6.15 petang, kami tiba di apartment Haziq. Mamt nie dah standby kat bawah dan tanpa berlengah terus masuk kereta dan bersalam dengan aku. Aku just let it flows tanpa tengok muka dia. Kami teruskan perjalanan ke Bangsar pula. Ketibaan kami disambut oleh receptionist Rebung dengan senyuman. Kami diashure ke meja yang telah ditempah kemudiannya. Aku meminta izin untuk keluar sebentar membeli rokok. Sekembali aku dari membeli rokok, Refqal dah ada di meja. Kami berborak sebentar sementara menunggu waktu berbuka. Datin pun mungkin join kitorang later. Bila waktu berbuka makin hampir, kami bergegas untuk mengambil juadah yang dihidangkan untuk berbuka. Aku hanya buat my own business sebab benda yang terbuku masih belum hilang lagi. Masa makan tu pun, aku lebih tumpukan pada apa yang aku makan dari berborak. Tapi ada mamat tu perasan yang aku a bit quite ari nie. Aku jawab aku penat jer. Masa terus berlalu.. ada yg berhenti sekejap untuk solat magrib. Bila tengok aku terus diam, Haziq started create something supaya aku boleh buka mulut untuk berbual. Mamat ini terus bercerita pasal photo shoot dia petang tadi, siap bluetooth kat phone aku lak. Aku sound dia napa susah sangat nak balas msg. Jawapan standard dia... ??? senyum je. Tetiba Haziq buka mulut kat aku nak cari baju melayu buat shoot esok. Mamat nie....napa le tak bagitau awal2?????!!!***###. Kesian lak aku tengok. Nak tak nak layannnnnn je. Datin pun sampai masa kita orang selesai first round nyer makan. Datin nampak happy dapat jumpa Haziq for the first time. Siap cakap Haziq nie cam anak dia yg dah meninggal tu. Oh ye ker?? Datin ada le snap a few photos sama Haziq. Lepas bayar bill, kitorang pun gerak ke Masjid India untuk carikan Haziq baju melayu Teluk Belanga. Sebab susah nak cari parking, aku dan Haziq turun dulu untuk cari baju tu sebab takut kedai tutup. Lepas dapat parking, Mosha dan Refqal join kitorang lak. Cari punya cari dapat le sepasang baju melayu Johor warna biru ngan samping color cream yang Haziq berkenan sangat. So aroung 10.30 malam, kami pun berpecah k haluan masing2. Mosha hantar Haziq balik ke apartment dia kat Klang Lama tu. Aku tak sempat rakamkan masa kitorang berbuka kat Rebung tu, tapi aku pastekan kat sini photo yang Haziq bluetooth kat phone aku. Katanya photo2 tu dari sessi shooting Cit Cat Azwan untuk raya nanti dan photo shoot untuk majalah Galaxy. Layannnnnnnn!

No comments: