Monday, September 25, 2006

Haziq @ Penang

Dah lama tak jumpa Haziq hanya phone saja. Kalau dia tak call aku, aku call dia. saja bertanya khabar dan apa2 perkembangan terbaru yang boleh aku coretkan di blog nie. Memang le rasa tak selesa, macam nak menyibuk jer. Tapi aku terpaksa untuk tujuan yg satu nie. Sekarang nie, Haziq tengah sibuk shooting "Rumah Terbuka AF4" di Penang. Tak banyak info yg aku dapat sebab Haziq shooting dari 8.00 pagi sampai 1.00 pagi. Tak sampai hati nak kacau mamat nie. Ada jugak kekadang tu aku terima call dari peminat Penang yg minta tolong aku arrangekan nak jumpa Haziq. Insyallah janji ku. Selepas dirayu beberapa kali, kau cuba memenuhi niat baik peminat Haziq nie. Selepas berjaya menghubungi Haziq pada suatu hari tu. Maka termakbullah impian dua peminat Haziq di Penang nie. Aku malas nak cerita panjang tapi tatap saja le gambar yg aku pastekan kat sini. Sebenarnya banyak cerita disebalik semua ini. Tapi biarlah aku saja yang tau.

No comments: