Monday, September 25, 2006

Haziq @ take-a-break

8 Sept 2006. Petang tu aku terima call dari Haziq. Merayu2 mamat nie ajak keluar. Boring katanya lagipun dia free malam tu. Tak sampai hati lak aku. Tanya dia, sapa yg dia nak ajak lagi..adalah dia mention a few names. Aku call Refqal dan Mosha untuk join aku. Kami janji untuk berjumpa di Mid Valley (balik2 kat sini..aparah Haziq!). Ada orang tu volunteer nak fetch Haziq kat Jalan Klang Lama. So lepas solat magrib, aku ke Mid Valley sebagaimana dijanjikan. Dalam 20 minit kemudian baru Haziq dan Mosha sampai. Refqal masih tak nampak batang hidung lagi. Acara pertama, biasa le..dinner. Makan apa yg patut. Haziq masih ngan nasi ayam dia. Aku tanya..tak nak try yg lain ker, dia hanya senyum macam kambing tengah kunyah daun nangka (jangan mare!)Mosha dengan sizzling potnya. Aku on diet, minum je. Later baru Refqal sampai selepas kitorang call beberapa kali. About 9.30pm, ingatkan nak tengok wayang, tapi Haziq berbelah bagi lak.. antara nak tengok wayang atau main bowling..Lastly mamat nie decided nak tengok wayang sebab kalau main bowling kena guna banyak tenaga sedangkan dia perlu rehat untuk show kat Muar esoknya. Kali nie kami pilih cite "Littleman". Not my kind of story..ok gak ler kelakar2 action. Mosha tak dapat join sebab dia ada curfew time. SO tinggal aku, Haziq dan Refqal. Selepas tamat show, lebih kurang pukul 11.30pm, kami terus berlalu ke bangsar untuk kena Teh Tarik. Kami berbual agak lama. Bermacam2 kisah kami bincangkan. Dalam pada tu Haziq dapat hadiah Jam dari Refqal sebagai ganti jam dia yg almost rosak. Aku hanya memerhatikan saja.. Haziq macam serba salah nak terima..tapi pemberian orang kena terima dik! nanti orang kata tak sudi lak..Hadiah dari aku???: tunggu dulu.....Kami beredar dari Bangsar kira2 pukul 1.00pg. Refqal dan aku menghantar Haziq pulang ke rumah. Dah terlanjur sampai, aku cadangkan Refqal ikut sekali naik ke rumah sebab Haziq nak bagi aku CD lagu asli yg dia ada. Dia setuju. Sampai di rumah, Amirul tengah tekun main PS2. Sian main sorang2 mamat nie. Aku tanya dia tak de show ke? Dia senyum dan menggelengkan kepala sambil bersalam denganku. Aku turut Haziq ke biliknya, Haziq menunjukkan beberapa keping gambar dari majalah yg tak sempat diframekan. Aku faham apa maksud Haziq...... dan tanpa banyak songeh aku bawak balik semua gambar2 tu untuk dihantar ke kedai frame. Jam 1.30pg kami berpisah kehaluan masing dan Haziq terus berkemas untuk ke Muar bagi menjaya Marhaban @ Astro esoknya.

No comments: