Monday, October 30, 2006

Haziq Dan Keluarga Beraya.......

28 Oct 2006, Dalam sibuk beraya, aku terpaksa berkemas untuk pulang semula ke KL. Aku bercadang untuk bertolak selewat-lewatnya pukul 11.00 pagi bagi mengelakkan trafik jam. Sebagaimana yang dirancang, perjalanan pulang kali ini akan disertai oleh Haziq dan dua kakaknya, Anil dan Wati. Hampir jam 11.00 pagi, aku menelefon En Rosebi untuk memaklumkan yang aku akan bertolak pulang. Tetapi.....plan asal dah berubah. Haziq tak jadi balik kerana ada hal yang perlu beliau selesaikan. Hanya Anil dan Wati yang akan pulang bersama aku dan keluarga. En Rosebi juga memberitahu aku yg beliau akan datang beraya ke rumah kakakku sekitar pukul 1 tengahari. Ketibaan beliau dan keluarga disambut mesra oleh keluarga kakakku. Kami rasa bertuah kerana Haziq sudi beraya sekali. Selesai semua, aku dan keluargaku serta Anil dan Wati bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang. En Rosebi sekeluarga turut pulang ke Kluang pada waktu yang sama. Sampai di Tol Ayer Keroh, kami singgah sebentar di Bukit Piatu untuk mengambil kereta Wati. Perjalanan kami teruskan yang mana Anil dan Wati kini berpindah kereta. Tiba di KL, kami berehat sebentar sambil menjamu selera di Ampang Park. Kami berpisah kehaluan masing-masing sekitar pukul 7.30 malam. Anil dan Wati ke Ampang dan Aku sekeluarga ke Gombak. Kenangan Hari Raya tahun ini agak lain dari biasa. Kehadiran Haziq telah mengeratkan dua keluarga menjadi satu. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih memberi erti dalam keutuhan ukwah kita semua. Aku postkan foto-foto ini untuk tatapan kalian yang sudi bertandang disini. Selamat Hari Raya.

No comments: