Monday, October 09, 2006

Haziq @ Tupai-Tupai Kuala Lumpur.

8 Oct 2006. Mosha menelepon aku tentang jemputan ke Majlis berbuka puasa di Tupai-Tupai Restoran. Majlis ini adalah anjuran sebuah syarikat MLM dan undangan ini pula adalah dari Datin, yg menjadi salah seorang ahlinya. Aku bertanya pada Mosha, siapa lagi yg diundang. Haziq dan kami sahaja dari FC. Memandangkan kena pakai baju melayu, aku terpaksa balik kerumah. Petang tu..sekitar 4.45 petang, Mosha menjemput aku di office dan kami bertolak ke rumah Mosha untuk menukar baju sementara Haziq bersiap di rumahnya.Sebaik tiba di lokasi, hadirin dah mulai ramai. Ada juga sekumpulan anak yatim yang diundang sama. Kami diperkenalkan kepada Pengerusi syarikat, Dato Pahamin Rejab dan a few people yg aku tak kenal. Haziq sempat berbisik pada ku yang dia tak berapa selesa dan sedikit glabah. Aku kata relaks je, ikut rentak diorang, sekadar bagi semangat. Kami sempat berkenalan dengan keluarga datin, terutama suami beliau Dato Hafifi. Sementara menantikan waktu berbuka puasa, kami berbual sebentar. Ketika waktu berbuka tiba, aku biarkan Haziq dan Mosha mengambil makanan dulu dan aku terus berbual dengan Dato Hafifi.Tak lama kemudian, Refqal tiba dan join kitorang semua. Banyak acara dijalankan disepanjang majlis tersebut. Aku, Haziq dan refqal minta diri sebentar untuk menunaikan solat Magrib sebentar. Sekembalinya kami, Haziq dijemput ke depan oleh datin. Ramai peminat Haziq yg sempat meminta Haziq bergambar. Dato Hafifi banyak memberikan tip2 untuk menjadi artis yg disegani. Beliau sebenarnya pernah menjadi editor untuk papar Berita Harian dan Harian Metro. Majlis selesai lebihkurang pukul 9.00 malam dan kami bertolak setelah selesai sessi bergambar yg aku postkan di sini. Seterusnya aku dan Mosha menghantar Haziq ke apartment. Singgah sebentar disitu sementara menunggu Man Astro tiba. Aku sebenarnya ada appointmnet dengan beliau untuk satu urusan peribadi. Mosha pulang lebih awal dari aku kerana aku ada hal sikit untuk diselesaikan dengan Haziq. Isteriku sampai di apartment Haziq sekitar pukul 10.30 malam. Selepas berbincang beberapa perkara dengan Haziq, aku pulang ke rumah sekitar pukul 11.00 malam. Haziq dan Man kemudianya keluar untuk membeli barang yang Haziq perlukan. Untuk semua...enjoy the photos..

1 comment:

Anonymous said...

amboi...amboi...amboi....