Saturday, October 07, 2006

Haziq @ Uptown Danau Kota.

6 Oct 2006. Aku saja2 sms Haziq bertanya khabar. Dia bagi tau ada majlis berbuka puasa di Palace Of The Golden Horses. Haziq pelawa aku sekali untuk join dia tapi aku menolak sebab kesuntukan masa. Man Astro (PA Mawi)pun sms aku suruh join majlis tu tapi aku tetap menolak. Malu ler. Majlis selesai dalam pukul 10.00 mlm dan Haziq ajak aku keluar untuk temankan dia shopping. Dah malam mana ada kedai buka..aku remind dia tapi di nak beli kasut kat Uptown Danau Kota. So aku dan brother aku pun fatched dia kat Apartment. Dia beritau yg Nora nak join sekali. Aku ok jer.. Aku sampai kat rumah dia dalam pukul 11.30 malam. Terus ke kereta dan kami berlalu ke Danau Kota. Mak oiii... ramainya orang. Kami pusing2 kat situ dulu. Lepas satu ke satu gerai lagi. Ada yg jual jean, baju, kasut...pendek kata u name it, u get it. Aku perasan ramai yg kenal haziq. Biasa ler orang kat sini..depan artis buat tak nampak tapi belakang bagai nak giler.. kami singgah di sebuah gerai yg menjual kasut2 sukan. Haziq minat nak beli sepasang kasut adidas putih. Try a few sizes dan dapat ler satu yg sesuai ngan dia. Sementara tunggu kasut sampai ada lah satu keluarga yg rapat kat kami untuk minta ambil gambar. Haziq dan Nora sempat ler pose untuk mereka tu. Lama gak kami kat situ dan ramai orang yg perasan Haziq dan Nora ada kat situ. Selesai semua kami beredar ke Cheras..Haziq nak cari hadiah untuk Diddy yg akan sambut birthday esuknya 7/10. Tapi sebaik saja kami sampai di Cheras, hujan turun dengan lebatnya. Semua plan terpaksa dibatalkan. Lebih kurang pukul 2.30 pagi kami beredar ke Bangsar untuk bersahur. Haziq ordered Nasi Daging Merah, Nora dengan Nasi Goreng Pattaya dan aku dan brother aku cuma makan mee goreng jer.Selesai makan aku hantar Haziq dan Nora balik ke apartment diorang dan aku sempat singgah sebentar kat situ. Haziq berikan CD raya yg baru dia dapat dari Meastro dan CD Lotter pada ku. Juga Jadual show dia sepanjang bulan Oktober untuk aku muatkan dalam web Haziqfc. Kami berborak sebentar. Amirul sedang leka main PS2 kat ruang tamu. Hampir pukul 4.00 pagi aku minta diri. Selepas bersalaman dan berpelukan aku tinggalkan Haziq. Terasa sedih tengok muka dia mengiringi aku kepintu. Esuk ada lagi acara yg perlu dilaluinya. Berbuka Puasa dengan Farhan dan sambutan Harijadi Diddy. Bye Ajiq... uncle chow dulu dan Haziq sempat pesan kat aku... Hari Ahad jumpa lagi. Aku terhenti sejenak...Oh ada program marhaban kat SACC, Shah Alam. Insyaallah kata ku sambil berlalu.

2 comments:

Anonymous said...

JELESNYERRRRRRRRR!!!!!!!!!
mencik tawwww........

dangerousboy said...

mcm nk p uptown danau kota dr s.alam.tlg tunjuk map kt sy..