Sunday, October 08, 2006

Mesyuarat Haziqfc ke 3

8 Oct 2006. Satu mesyuarat Haziqfc telah diadakan di rumah Presiden Haziqfc di Pantai Dalam. Aku sebagai salah seorang AJK turut hadir. Banyak perkara dan program yang dibincangkan. En Rosebi dan isteri turut hadir dan diperkuatkan lagi dengan kehadiran wakil dari Penang. Elle. Mesyuarat berakhir kira2 pukul 2.00 petang. Selepas itu kami semua berpakat untuk ke SACC di Shah Alam bagi menyaksikan persembahan marhaban yang turut disertai Haziq. Seterusnya, kami juga berpakat untuk berbuka puasa di sana. Last minute, aku terpaksa batalkan hasrat ke sana kerana kepenatan. Sorry Haziq..uncle tak dapat datang untuk menyokong Haziq kali ini. Aku juga menghantar sms kepada En Rosebi tentang ketidakhadiran ku itu. Maklumlah aku dah berjanji dengan beliau sebelumnya. Beliau faham dengan keadaan ku. Malam tu aku menelepon En Rosebi untuk bertanya tentang perjalanan majlis siang tadi. En Rosebi pulang ke Kluang pada malam tu juga.

No comments: