Sunday, October 29, 2006

Beraya Di Kampung Haziq...

24 Oct 2006. Sejak awal lagi En Rosebi dan keluarga mempelawa aku untuk beraya bersama beliau di kampung apabila tau yang aku akan beraya di KL. Aku hanya akan kembali ke kampung pada awal hari raya pertama. Selesai solat sunat raya, aku sekeluarga bertolak ke Kluang Johor. Sebelum tu, sempat juga kau singgah ke rumah sister-in law aku kat Klang dan Sepang. Suasana raya kat KL nie memang tak terasa. Tak terasa kemeriahan hari raya. Di highway suasana tak sesibuk sebelum raya walaupun banyak juga kenderaan bertali arus. Dimalam raya En Rosebi sekali lagi menelepon aku untuk mempelawa beraya bersama beliau jika aku rasa sunyi di KL. Thanks bro kerana ambil berat. Aku tiba di Tol Ayer Keroh sekitar pukul 11.15 pagi dan terus menelepon En Rosebi. Selang 5 minit, En Rosebi dan Haziq muncul ditempat yg dijanjikan. Kami segera bertolak ke rumah makcik Haziq di Bukit Piatu. Aku sempat beraya ke beberapa buah rumah saudara Haziq bersama En Rosebi sekeluarga. Terasa macam aku nie dah jadi sebahagian dari keluarga Haziq sebab apabila ditanya En Rosebi sering memperkenalkan aku sekeluarga sebagai saudaranya. Lewat petang setelah puas beraya, aku bertolak ke Kluang untuk bertemu saudara mara ku pula. Kemeriahan beraya di kampung Haziq masih segar dalam ingatanku saat aku melepasi tol Air Hitam. Terima Kasih En Rosebi sekeluarga atas layan kalian... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

No comments: