Monday, November 13, 2006

Haziq @ Lanai Seni

4 Nov 2006, Dalam sibuk beraya di Kuala Lumpur, aku sempat juga bertandang ke Lanai Seni (Depan panggung Colliseum) untuk menuntun persembahan Haziq. Malam sebelum persembahan, Haziq menelefon aku untuk menemankan beliau rehearsal di tempat tersebut. Ini adalah bagi acara pagi yg dianjurkan oleh Karyawan sempena perasmian Lanai Seni dan Tayangan Gambar Melayu Lama percuma. Setibanya aku dilokasi, acara masih belum berlangsung lagi. Aku berbual sebentar bersama Haziq dan Karen yang turut mengambil bahagian pada malam itu. Mosha turut sama di situ sebelum bertolak ke Melaka. Selesai rehearsal lebih kurang pukul 12 tengah malam, kami bercadang untuk supper. Selain kami, Salimah, Nora dan John ( BF Karen) turut sama. Memandangkan ada acara esuknya, aku menasihati Haziq agar segera pulang berehat. Tidor secukupnya, kerana sebelah pagi dan malam ada acara yang perlu diberi perhatian. Bagi acara pagi aku skip kerana ada hal yang perlu aku selesaikan. Persembahan di Lanai Seni bermula sekitar pukul 8.30 malam. Ramai fan dari FC telah sedia menunggu. Keluarga Haziq juga turut sama. Haziq mendendangkan dua lagi secara solo dan dua lagu lagi secara duet bersama Zila. Lagu Telaga Biru dan Rebutan Acheh yang Haziq sampaikan memang mengasyikkan serta mendapat tepukan gemuruh dari para penuntun sementara lagu duet beliau adalah Selasihku Sayang dan My Heart. Hadiran nampak gembira tambahan pula dengan kehadiran M Daud Kilau diakhir acara. Tak banyak foto-foto yang dapat aku rakamkan kerana aku sibuk mevideokan empat lagu nyanyian Haziq. So guys enjoy....

No comments: