Saturday, October 07, 2006

Berbuka Puasa Bersama Famili Haziq di Cheras.

7 Oct 2006. Aku menerima panggilan dari En Rosebi, mengundang aku berbuka puasa bersama2 di rumah Ati di Cheras. Aku rasa agak terharu di atas keikhlasan beliau dan aku confirmkan kehadiran aku sekeluarga. Aku keluar dari rumah sekitar pukul 5.00 petang dan singgah sebentar di Ampang Park untuk memnbeli kasut Imran. Dalam pada tu, aku sempat juga membeli sebuah kamera untuk ku gunakan bagi merakam saat2 indah untuk ku abadikan di blog aku nie. Harga dalam RM950, sebuah kamera Olympus. Setelah selesai semuanya, aku bertolak ke Cheras sekitar pukul 6.00 petang. Jalan agak ok hanya sedikit jam di sana sini. Lebih kurang pukul 6.30 petang, aku sekeluarga sampai di rumah Ati dan disambut mesra oleh Hudal (Husband Ati) dan tentunya En Rosebi. Aini tengah sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Kami berbual sebentar sementara menantikan waktu berbuka puasa. En Rosebi sempat menyindir aku tentang ketibaan aku ke rumah Ati tanpa sebarang masaalah. Memang selalunya aku akan menelepon beliau untuk meminta bantuan tunjuk arah ke rumahnya. Rasa rindu gak sebab dah lama tak jumpa En Rosebi memandangkan beliau sudah ku anggap sebagai abang aku sendiri. Kami selalunya berhubung melalui telepon. Hampir waktu berbuka, En Rosebi meminta diri sebab nak sediakan "Air Sirap Bandung Muar". Memang kaw kalau sirap bandung Muar nie. Masuk waktu berbuka, kami segera ke meja hidangan untuk menjamah juadah. Aini menyediakan lauk daging masam asam/kari, Urap Pengaga, Taugeh goreng, Ikan keli goreng bercili, sambal tempoyak dan ayam goreng. Hahhh terangkat beb!!!. Tapi sayang aku tak dapat rasa Ikan Keli tu sebab aku memang tak makan ikan sungai. Kalau belah mak aku kata : Ikan Darat. Pecah le tembelang aku.. En Rosebi sempat mengusik aku dengan mengatakan: Cam nie tak gang le!!!! Oh ya..lupa aku nak bagitau yang Haziq tak dapat join sebab dia ada function dengan Farhan dan Diddy. Walaupun aku diundang untuk menghadiri majlis tu tapi aku lebih selesa berbuka puasa bersama abang aku, En Rosebi. Selesai makam malam, kami berehat di beranda sambil menghisap rokok. En Rosebi banyak menceritakan kisah2 Haziq padaku. Dia tu Haziq sangat rapat dengan keluargaku. Dalam pada tu, aku tunjukkan kad hari raya yg dibuat khas untuk Haziq oleh isteriku. Beliau nampak puas hati dan aku allocatekan 100 keping untuk kegunaan beliau dan Haziq. Kami berbincang tentang penghantaran kad2 tersebut dan isteriku diamanahkan untuk menghantar kepada media bagi pihak Haziq. Dalam pada berbincang tu, aku teringat yang lagu Raya Haziq yang telah diberikan kepada ku semalam. Aku keluarkan dari kereta untuk ku perdengarkan pada semua. Apalagi seluruh perhatian keluarga Haziq tertumpu pada CD player yang sedang memainkan lagu raya Haziq. Memang sedap..naik bulu roma bila mendengarkan lagu2 tersebut. Suara Haziq memang sedap. Sambil tu kami terus bercerita kisah2 Haziq dizaman sekolahnya, perubahan Haziq setelah tamat pengajian di Akademi dan sebagainya. Masa berlalu terlalu pantas. Jam didinding dah pun menunjukkan puluk 10.30 malam. Waktu aku untuk pulang telah tiba. Selepas bersalam dan berpelukan, En Rosebi sekeluarga menghantar aku ke kereta. Kami berlalu untuk ke destinasi kami - Gombak. En Rosebi sempat menitip pesanan tentang meeting FC esuknya. Terima kasih semua... atas layanan kalian.

No comments: