Monday, October 30, 2006

Beraya Di Rumah Haziq di Kluang....

26 Oct 2006. Lewat pukul 7.00 petang, ketika aku berada dirumah kakak ku di Yong Peng, Johor, aku menerima panggilan dari En Rosebi. Aku sebenarnya baru sampai dari Muar setelah seharian beraya disana. En Rosebi mengajak aku sekeluarga bermalam dirumahnya sambil beristirehat. Memandangkan banyak hati yang perlu dijaga aku dengan berat hati terpaksa menolak undangan En Rosebi. Walaubagaimanapun, aku berjanji untuk ke rumah beliau pada hari esuknya. Esuknya, pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk ke sana tapi demi menjaga hati jiran2 disekeliling rumah, aku terpaksa beraya dulu bersama kakak dan abangku. Lewat pukul 12 tengah hari baru selesai dan aku sekeluarga bergegas ke Kluang. Aku tiba dirumah Haziq sekitar pukul 12.40 tgh dan disambut mesra oleh En Rosebi dan Haziq sendiri. Berehat sebentar, kami semua terus ke Masjid yg terletak tak berapa jauh dari rumah Haziq untuk menunaikan solat Jumaat. Selesai solat, kami kembali semula. Semasa di masjid aku perhatikan ramai orang yg memerhatikan Haziq. Mungkin mereka tertanya2. Jenuh juga Haziq bersalaman selepas solat tadi. Aku di jamu nasi lemak berlauk oleh Aini (mak Haziq). Selang beberapa minit, peminat2 Haziq mula membanjiri rumah Haziq. Ada yang dari Muar, dari Melaka, dari Johor Bahru dan KL. Aku sebagai AJK HaziqFC turut memainkan peranan untuk memperkenalkan laman web dan segala aktiviti yang dijalankan. Saudara mara Haziq dan Mosha turut sama beraya disini tapi tak lama sebab nak beraya rumah sedara katanya. Sebelah petang aku dan rakan taulan dijamu dengan meehoon goreng pula. Haziq dan En Rosebi sekeluarga nampak kepenatan. Haziq pantang lepa.. kalau ada kelapangan curi2 tido sekejap. Lewat petang aku meminta diri untuk pulang semula ke rumah kakak ku di Yong Peng. Walaupun ditahan oleh En Rosebi aku terpaksa minta maaf sebab esuknya aku akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Begitu juga Haziq dan dua orang kakaknya, Anil dan Wati.Kami bercadang untuk berkonvoi esuk..

1 comment:

Anonymous said...

amboiiii......sukernyer dia! jeles ar camni...kalo "orang" tu tau..lagi hangin satu badan..hehehhe