Monday, November 13, 2006

Haziq @ Istana Budaya (Rehearsal)

10 Nov 2006. Sedang aku sibuk berkerja di office, Haziq menelefon aku untuk menemankan beliau di Istana Budaya. Agak terkejut juga sebab mana perginya kakitangan Meastro yang sepatutnya menjaga Haziq. Sebab kesian tengok anak sedara aku terkial2 keseorangan, aku turutkan juga. Aku dan my wife menjenguk beliau selepas waktu office. Setibanya aku di Istana Budaya, acara rehearsal untuk Konsert Irama Melayu Asli telah pun berakhr tapi akan disambung semula sebelah malamnya dengan "full dress rehearsal" Memandangkan ada banyak masa lagi, kami berehat sebentar di cafe. My Wife pulang dulu sementara aku terus bersama Haziq. Jam 8 malam, aku dan Haziq ke bilik artis untuk membantu Haziq bersiap. Haziq mengenakan dua persalinan sumbangan Butik Salikin. Jangan tak tau.. Salikin tu kawan lama aku jugak. En Rosebi tiba di Istana Budaya kira2 pukul 9.00 malam dari Kluang. Sepanjang masa rehearsal tu, aku hanya berada di belakang pentas bersama Haziq, membantu beliau mengenakan pakaian Salikin. Selesai rehearsal, En Rosebi mengajak aku ke rumah Ati (adik Rosebi) di Cheras. Aku postkan kat sini, Haziq dengan salah satu pakaian di malam Konsert Irama Melayu Asli tu.

No comments: