Monday, November 13, 2006

Beraya bersama Haziq sekeluarga di Kapar

4 Nov 2006. Selesai acara di Lanai Seni, En Rosebi mengajak aku sekeluarga untuk bersama beliau beraya ke rumah abang beliau di Kapar, Klang. Sebenarnya dari awal minggu lagi En Rosebi sudah merancang untuk ke Open House abangnya bersama aku sekeluarga memandangkan beliau tak berapa familiar dengan jalan ke sana. Aku diajak menaiki Nazaria bersamanya bagi membantu beliau sebagai co-pilot. Kami tiba agak lewat kerana acara di Lanai Seni berakhir sekitar pukul 11 malam. Ketibaan Haziq dan keluarga disambut mesra oleh penduduk kawasan tersebut yang memang telah lama menanti. Abang En Rosebi yang aku panggil Alang sahaja, turut menyambut kedatangan rombongan En Rosebi. Selesai makan, Haziq diundang untuk berkaraoke. Haziq sempat manyanyikan dua buah lagi, Kamalia dan Telaga Biru. Sekitar pukul 1 pagi kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

No comments: